716 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM Johor akan diarah bertugas jika banjir berlaku di negeri itu.

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis berkata operasi akan diubah kepada giliran 24 jam, berbanding 12 jam dengan 477 pegawai dan anggota, pada hari biasa.

Buat masa ini, JBPM Johor masih membenarkan 20 peratus pegawai dan anggota bercuti.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan bercuti dalam kawasan bertugas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini