Seramai 7,536 orang asli di Pahang telah dijangkiti wabak Covid-19, setakat 5 Disember lalu. Penularan dipercayai susulan pergerakan keluar masuk individu yang berisiko ke perkampungan masyarakat itu untuk memberi sumbangan.

Exco Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, turut dikenalpasti punca jangkitann akibat kegagalan pematuhan SOP yang ditetapkan. Justeru itu, kerajaan negeri sentiasa memperkasakan budaya norma baharu dalam kalangan masyarakat orang asli di seluruh negeri, selain meningkatkan program vaksinasi.
 
Sehingga semalam, 45,485 orang atau 83 perpuluhan 3 peratus penduduk orang asli telah menerima dos lengkap.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini