Sejumlah 7,400 karton rokok putih bernilai RM1.11 juta dirampas dalam serbuan ke atas sebuah lori yang diparkir di tepi semak di Kampung Padang, Kuantan, kelmarin.

Rampasan oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Kuantan melalui Op Kontraban itu, hasil risikan dan maklumat orang awam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, semasa serbuan, seorang suspek sempat melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. 

Beliau bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di Kuantan.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan kotak mengandungi pelbagai jenis rokok disyaki tidak bercukai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini