743 pelajar sekolah dan institusi pendidikan di Negeri Sembilan  positif COVID-19 membabitkan 11 kluster pendidikan.

Lapan daripada institusi pendidikan berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri, manakala tiga lagi membabitkan institusi swasta.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, sebahagian besar daripada kes membabitkan pelajar di asrama.

Pelajar yang dikategorikan sebagai kontak rapat diarah menjalani tempoh kuarantin di sekolah dan tidak dibenar pulang ke rumah sehingga tamat tempoh kuarantin meskipun ketika cuti  Tahun Baharu Cina.

Pemantauan akan terus dilakukan dengan memastikan SOP dipatuhi.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas COVID-19 Negeri Sembilan di Seremban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini