746 set bubu kambang atau bubu naga dirampas di sekitar perairan negeri Kedah, sepanjang Januari hingga 16 November tahun ini.

Pemantauan mendapati, terdapat  peningkatan aktiviti penggunaan bubu berkenaan di sepanjang perairan negeri itu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti  Ishak  menjelaskan,  beberapa lokasi dikenalpasti menjadi tumpuan  antaranya di Perairan Yan dan Kuala Kedah.
 
Setakat tahun ini, dua suspek ditahan.

Anggaran bagi kesemua bubu naga yang dirampas melebihi RM 89,000.
 
Kesemua rampasan   di bawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah dan disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Penggunaan bubu naga diharamkan kerana boleh mengancam dan merosakkan ekosistem marin serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan tradisional atau pesisir pantai yang lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini