Seorang lelaki Perancis memecah rekod dunia dengan melakukan aktiviti terjun lelabah atau ‘bungee jumping’ paling banyak dalam masa 24 jam iaitu 765 kali.

Francois-Marie Dibon, 44, melengkapkan aktiviti itu dengan terjun  dari Jambatan Garry di Scotland.

Dia mengatasi rekod terdahulu dengan kelebihan 335 lompatan.

Memulakan percubaannya pada pukul 10.10 pagi (waktu tempatan) minggu lalu, Dibon melengkapkan terjunan ke-431 pukul 10.30 malam hari yang sama  sebelum menamatkan aktiviti tersebut keesokan paginya.

Secara purata, Dibon melengkapkan satu terjunan dalam masa selang 113 saat.

Rekod dunia terdahulu dipegang oleh seorang lelaki dari New Zealand, Mike Heard, yang melengkapkan 430 terjunan dalam masa 24 jam pada Mei 2017.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini