Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi meleraikan protes yang berlangsung di ibu negara Nepal selain menyaksikan 77 orang telah ditahan.

Protes membantah bantuan Amerika Syarikat sebanyak 500 juta dolar.

Menurut jurucakap polis, mereka yang ditahan selepas membaling batu dan cuba memasuki ke kawasan larangan berdekatan parlimen.

Nepal telah menandatangani pakatan Kerjasama Cabaran Milenium-MCC pada 2017 untuk projek infrastruktur tetapi kerajaan berdepan kesukaran untuk mendapatkan ratifikasi di parlimen sebelum 28 Februari ini.

Ia susulan mendapat bantahan dari rakan gabungan Perdana Menteri, Sher Bahadur Deuba termasuk ahli politik Maoist yang dilihat rapat dengan China dengan menyatakan bantuan berkenaan merendahkan kedaulatan Nepal.

Media tempatan menyebut, China telah melobi ahli politik Nepal mengenai kerisauan mereka dengan berpandangan bantuan itu sebagai usaha Washington untuk meningkatkan pengaruh mereka.

Jurucakap parti pemerintah, Prakash Sharan Mahat pula berkata bantuan itu dijangka membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Nepal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini