Sekitar 770 juta orang buta huruf di seluruh dunia, dengan dua pertiga daripada mereka adalah wanita. Menurut Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay, jumlah tersebut adalah mereka yang tidak mendapat hak untuk pendidikan dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa usaha untuk menyediakan pendidikan kepada orang dewasa yang buta huruf dipertingkatkan. Beliau berkata demikian sewaktu Persidangan Antarabangsa Pendidikan Dewasa ketujuh pada semalam. Persidangan itu diadakan di Marrakesh, Maghribi bermula Rabu hingga Jumaat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini