Sebanyak 77,010 penduduk negeri Johor telah menerima dos penggalak hingga 19 November lepas. Demikian Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dimaklumkan pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan berkata pelaksanaan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 bermula pada 13 Oktober lepas dengan menggunakan vaksin Cominarty (Pfizer).

Menurut beliau pemberian dos penggalak dilaksanakan bagi penerima vaksin Cominarty sekurang-kurangnya enam bulan lepas daripada dos kedua dan penerima vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan daripada dos kedua. Beliau berkata demikian pada Persidangan Keempat DUN ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini