Seramai 2.47 juta individu atau 78.5 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini sudah menerima vaksin COVID-19 lengkap.

Data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW menunjukkan seramai 22.25 juta orang dewasa atau 95.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin.

1.03 juta atau 4.4 peratus masih tidak divaksin, manakala seramai 22.84 juta individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Secara keseluruhan, seramai 24.73 juta orang atau 75.7 peratus populasi Malaysia sudah menerima vaksin lengkap.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini