Sebahagian besar jemaah haji yang positif COVID-19 sebelum berangkat ke Tanah Suci telah sembuh sepenuhanya.

Mereka kini menyertai jemaah yang lain untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata sebelum ini seramai 120 jemaah tidak dapat meneruskan penerbangan akibat positif ketika ujian PCR dan pasangan mereka turut memilih membuat penangguhan.

Seramai 78 jemaah telah berada di Tanah Suci selepas disahkan negatif dan tamat jalani tempoh kuarantin.

Selebihnya akan menaiki penerbangan seterusnya, manakala 19 orang lagi belum negatif dan pihaknya masih menanti.

Arab Saudi menetapkan Ujian PCR dalam tempoh 72 jam sebelum penerbangan, namun Lembaga Tabung Haji menasihatkan jemaah membuat ujian 56 jam sebelum melapor diri di terminal berlepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini