786 penduduk daripada 167 keluarga masih di tempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan. Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah tertinggi di Gua Musang dengan 563 penduduk daripada 209 keluarga.

Mereka ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chiku 7 dan SK Limau Kasturi 1. Jajahan Kuala Krai pula menyaksikan enam PPS dibuka melibatkan 179 penduduk daripada 45 keluarga.
 
Dua lagi PPS dibuka masing-masing di SK Kuala Balah, Jeli (36) dan SK Kelewek Tanah Merah (8). Tiga sungai utama mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Golok di Kampung Jenob Tanah Merah dan Kampung Jenob Tanah Merah.
 
Empat sungai lain iaitu Sunyai Aring di Jalan Felda Aring Gua Musang, Kampung Karangan di Kuala Krai, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah melepasi paras amaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini