Lapan individu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi memberi keterangan berhubung penglibatan ceramah berkait perhimpunan di ibu negara pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata kesemua mereka antara dipanggil bagi membantu siasatan susulan program ceramah yang diadakan sebelu perhimpunan terbabit dianjurkan pada Sabtu.

Polis menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

ACP Amihizam memaklumkan, sehubungan itu akan ada beberapa lagi individu lain dipanggil selepas ini untuk membantu siasatan.

Antara yang hadir termasuk aktivis Adam Adli Abdul Halim, Ketua Pemuda DAP Howard Lee dan Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Dr Thanussha Francis Xavier.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini