Lapan keluarga terjejas ribut di Simpang Empat, Perlis syukur dan gembira kerana menerima bantuan bencana daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs menyerahkan bantuan berjumlah RM23,250.
 
Terdapat kira-kira 20 rumah lagi yang turut terkesan dengan ribut yang berlaku Isnin lalu.
 
Tuanku Syed Faizuddin turut menasihati masyarakat sentiasa menitikberatkan keselamatan diri dan keluarga sekiranya berlaku ribut di kawasan masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini