Sekurang-kurangnya lapan orang maut akibat banjir kilat yang melanda pulau Jawa, Indonesia.

Ketika ini, pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus mencari beberapa lagi mangsa yang dilaporkan hanyut.

Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Malang dan bandar Batu, mengakibatkan kediaman dipenuhi lumpur dan air deras memusnahkan beberapa jambatan.

Tanah runtuh dan banjir kilat disifatkan kejadian biasa di Asia Tenggara pada musim hujan, yang bermula pada September.

Kebiasaannya ia berpunca daripada pemusnahan hutan dan perancangan pengairan yang lemah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini