5 negeri mencatatkan bacaan paras air melebihi tahap bahaya di lapan sungai ketika ini.

Ini termasuk Sabah, Melaka, Pahang, Selangor dan Johor berdasarkan pemantauan yang dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran.

Empat sungai pula dilihat berpotensi menunjukkan peningkatan.

Di Pahang, tiga sungai mencatat paras air melebihi tahap bahaya.

Dua daripadanya sedang meningkat iaitu Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera dan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan.

Di Selangor, Sungai Bernam di Rimba KDR, kini melebihi paras bahaya.

Di Johor, dua sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur.

Juga melibatkan Sungai Melaka di Batu Hampar dan Sungai Padas di Beaufort, Sabah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini