8 tahun berdepan gangguan bekalan air tidak menentu.

Itu situasi dihadapi 700 penduduk di 16 blok Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi Fasa 2, Klang.

Situasi tersebut sekali gus menyukarkan aktiviti harian kesemua mereka yang mendiami tingkat 3 dan 4 pangsapuri berkenaan.

Justeru mereka yang terjejas mahu pihak berkenaan tampil menyelesaikan masalah tersebut yang tidak diendahkan, meskipun telah membuat aduan berulang kali.
 
Penduduk yang ditemui berkata, mereka mengalami gangguan air antara pukul
6 petang hingga 9 malam, dan 11 malam hingga 6 pagi pada setiap hari.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Ngo Selangor, Datuk Nazilah Idris, hadir mewakili penduduk menyerahkan memorendum kepada pihak badan pengurusan bersama JMB, dan menghubungi Air Selangor untuk mendapatkan penjelasan.
 
Pihak JMB bagaimanapun menyatakan, mereka tiada kaitan dengan isu berkenaan.

Manakala pihak Pengurusan Air Selangor Daerah Klang menerusi perbualan telefon pula memberitahu akan menghantar pegawai ke lokasi pangsapuri bagi melihat aduan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini