Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi OP Murni mengerakkan 80 anggota bagi kerja baik pulih jambatan Bailey di Kampung Lechar, Raub, Pahang.

Ketua Jurutera,  Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Mejar Jeneral Datuk Chapiti Redzwan berkata jambatan itu rosak akibat hakisan tanah disebabkan banjir pada awal bulan lalu.

Tambahnya lagi ketika ini terdapat beberapa lagi permohonan pembinaan jambatan Bailey antaranya di Jelebu, Negeri Sembilan dan Gua Musang, Kelantan. Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan kerja pembinaan jambatan berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini