Kira-kira 80 peratus  pekerja sektor perindustrian di Kedah termasuk lebih
20 peratus pekerja asing lengkap menerima dua dos vaksin setakat ini.

Sekali gus membolehkan 90 peratus kilang di negeri itu beroperasi. 

53 peratus daripadanya menerima vaksin menerusi program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta, PIKAS dan bakinya melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, PICK.

Exco Industri dan Pelaburan Sains, Teknolgi, Inovasi dan Pengajian Tinggi Kedah, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, jumlah tersebut dijangka meningkat sekali gus mencapai sasaran 100,000 pekerja industri negeri itu lengkap divaksin  awal Oktober ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau program PIKAS di PPV Insititut Perguruan Malaysia Kampus Darul Aman, Jitra.
 
Pada program itu, Invest Kedah menyampaikan sumbangan  peti sejuk untuk penyimpanan vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini