Kira-kira 800 keluarga Korea Utara yang menderita wabak penyakit usus yang tidak dikenal pasti menerima bantuan perubatan yang disediakan pemimpin Kim Jong Un dan pegawai kanan-nya.

Negara itu ketika ini masih bertarung untuk menurunkan kes COVID-19.

Korea Utara mendedahkan minggu ini mereka sedang menghadapi wabak acute enteric.

Namun tidak menghuraikan penyakit itu dengan lanjut, tetapi ia dipercayai merujuk kepada saluran gastrousus.

Pada Khamis, seorang pegawai di Kementerian Penyatuan Korea Selatan berkata Seoul sedang memantau wabak itu, yang disyaki kolera atau kepialu.

Wilayah Hwanghae Selatan ialah wilayah pertanian utama Korea Utara dan wabak itu menimbulkan kebimbangan kekurangan makanan yang kronik di tengah-tengah gelombang jangkitan COVID-19.

Negara itu sebelum ini melaporkan situasi COVID-19 telah menunjukkan tanda  reda, tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meragui kenyataan Pyongyang dengan mengatakan mereka percaya keadaan semakin buruk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini