80,000 unit rumah menerusi projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia akan dibina dalam tempoh 10 tahun, dengan sasaran 8,000 unit setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya akan memastikan sasaran yang ditetapkan itu dapat dicapai dengan kerjasama pemaju swasta.

Sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda 2030, Perdana Menteri berkata kerajaan komited menyediakan perumahan mampu milik yang selesa kepada semua golongan Keluarga Malaysia termasuk warga yang berpendapatan sederhana rendah.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Majlis Penyerahan Kunci Residensi Kuchaimas di Ibu Negara. Blok bangunan 49 tingkat itu mempunyai 478 unit kediaman pada harga seratus 98 ribu ringgit setiap unit.         

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini