84 kes positif COVID-19 dikenal pasti menerusi hasil saringan berkala yang dijalankan sepanjang persidangan Parlimen sejak 22 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan memberitahu ,  Semua kes tersebut diasingkan dengan segera serta tiada kluster dilaporkan.

18 kes dikenal pasti menerusi hasil saringan pra-persidangan Dewan Rakyat pada 22 hingga 25 Oktober dan tindakan kawalan serta pencegahan dijalankan.

41 kes pula dilaporkan antara 27 Oktober hingga 28 November lalu.

kes yang dikenal pasti mempunyai kadar kebolehjangkitan dengan nilai kitaran ambang (CT) Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) antara 13.70 hingga 36.11.

Semua sampel berkemungkinan besar adalah varian Delta yang dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) turut menjalankan jujukan genom dan masih menunggu keputusan penuh bagi mengesahkan jenis varian.

Persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung bermula 27 Oktober lalu hingga 23 Disember depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini