86.6 peratus populari remaja negara ini berusia antara 12 hingga 17 tahun telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

Peratusan melibatkan 2,724,238 remaja.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di laman COVIDNOW, 2,832,379 individu atau 90 peratus golongan itu juga telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, 22,729,76 individu atau 97.1 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Manakala 23,54,211 atau 98.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sahaja, 93,743 dos vaksin diberikan melibatkan 4,722 dos pertama, 5,929 dos lengkap serta 87,074 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini meningkat kepada 54,197,452 dos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini