86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

Manakala penerima bagi sekurang-kurangnya satu dos vaksin pula merekodkan 90.2 peratus.

Menurut portal COVIDNOW setakat tengah malam tadi 2,735,048 remaja telah lengkap divaksin.

Manakala 2,839,145 golongan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, 97.2 peratus atau 22,758,472 individu lengkap imunisasi.

Mankala 98.6 peratus atau 23,078,880 enerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Angka berkenaan bertambah selepas 123,868 dos vaksin diberikan semalam.

Ia melibatkan 3,930 dos pertama, 6,613 dos lengkap serta 113,325 dos penggalak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini