Kira-kira 86 peratus bangunan dan premis daripada keseluruhan 8,500 bangunan di seluruh negara telah mendapat Sijil Perakuan Bomba (FC) setakat November tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid berkata, manakala bakinya dalam proses kelulusan yang tertangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu katanya, bagi mana-mana pemilik bangunan yang belum mendapatkan FC diminta segera membuat permohonan kepada pihak bomba.

Perakuan ini tegasnya penting bagi menjamin keselamatan di sesebuah bangunan.

Datuk Seri Hamdan ditemui media selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Kebesaran dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 JBPM Melaka di Banda Hilir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini