868,422 unit kenderaan terjual sepanjang tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang. Menerusi inisiatif itu, rakyat memperoleh manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.

Kenyataan Menteri Kewangan – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, sejak 15 Jun 2020, kerajaan telah mengecualikan sepenuhnya cukai jualan ke atas kenderaan penumpang termasuk kenderaan pelbagai guna, MPV dan kenderaan utiliti sukan, SUV pemasangan tempatan.

Manakala 50 peratus pengecualian cukai jualan juga dikenakan ke atas kenderaan penumpang import, CBU. Langkah bertujuan membantu momentum industri automotif yang terjejas akibat pandemik Covid 19. Inisiatif, dijadual berakhir 30 Jun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini