Sembilan banduan lolos selepas sebuah kenderaan yang diubah suai merempuh penjara di Mexico, disyaki diguna untuk membantu mereka melepaskan diri.

Menurut saksi, mereka mendengar bunyi letupan dan melihat beberapa kereta terbakar, awal pagi.

Pihak penjara mengesahkan banduan yang melarikan diri itu terbabit dalam jenayah berat termasuk pembunuhan dan penculikan.

Pihak berkuasa di bandar Tula dilapor telah memeriksa kenderaan yang diubah suai tersebut.

Sebuah trak dengan plat besi yang dipateri di hadapan kelihatan berhampiran pintu masuk penjara. Manakala punca beberapa kenderaan terbakar sedang disiasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini