Sembilan laluan yang dinaiki air dan rosak akibat banjir di Selangor  masih ditutup.

Menurut satu kenyataan Polis Selangor pagi ini, dua laluan di bawah kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya iaitu satu jambatan dan satu jalan ditutup kerana rosak akibat banjir.

Ia membabitkan jambatan menghala ke Lapang Sasar, Subang dan Jalan PJU 7, hadapan MRT, Mutiara Damansara,.

Enam laluan di bawah pentadbiran enam IPD lain juga ditutup.

Antaranya Jalan Olak Lempit ke KLIA , Jambatan FT 31 Dengkil-Banting  dan Jalan Sungai Panjang-Tanjung Malim .

Jalan Kuala Selangor–Bestari Jaya di , Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra  dan Jalan Genting Peras–Kuala Klawang juga masih ditutup.

Sementara  Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser menghala ke Peretak di  dibuka untuk kenderaan ringan sahaja.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini