Sekurang-kurangnya 9 orang penumpang maut manakala lebih 30 lagi cedera dalam nahas kereta api di Bengal Barat, India semalam.

Ia berlaku apabila 12 gerabak kereta api Ekspres Guwahati-Bikaner tergelincir dari landasan berhampiran bandar Maynaguri di daerah Jalpaiguri.

Ketua menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee berkata, kereta api itu dalam perjalanan dari Patna di Bihar ke Guwahati di timur laut Assam.

Operasi menyelamat mangsa terpaksa menggunakan kren.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini