Sembilan pemilik kenderaan yang didapati memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial, diminta hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku di arah Sunggala ke Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

Tegas beliau, pihaknya telah mengenal pasti butiran kesemua pemilik kenderaan itu dan mereka diminta tampil di balai polis.

Kes disiasat bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini