Perkembangan Sijil Peperiksaan Malaysia.

Seramai 903 pelajar daripada keseluruhan 29,769 calon SPM di Kedah tidak menduduki peperiksaan tersebut.

Pengarah Pendidikan Negeri, Rozaini Ahmad, berkata kesemua yang terbabit sedang menjalani kuarantin di rumah berikutan positif COVID-19 dan menjadi kontak rapat.

Terdapat dua calon yang menduduki SPM di hospital akibat demam campak dan apendiks.

Di Terengganu, 319 calon yang terjejas banjir terpaksa menduduki peperiksaan di empat pusat peperiksaan alternatif.

Tempoh menduduki peperiksaan di pusat berkenaan bergantung kepada penilaian sekolah masing-masing dari semasa ke semasa.

Secara keseluruhan seramai 18,815 pelajar menduduki peperiksaan SPM di negeri ini.

Pelajar yang menduduki peperiksaan SPM di Labuan pula, membabitkan 1,001 pelajar daripada sembilan sekolah menengah kerajaan, 7 daripada sekolah antarabangsa Labuan dan 37 daripada Sekolah Menengah Agama MAIWP.

Terdapat juga 81 calon persendirian yang berpusat di Kolej Matrikulasi Labuan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan calon peperiksaan SPM tahun ini adalah 1,126 calon.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini