906 penduduk tiga negeri ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir.

Mereka merupakan penduduk Kedah, Melaka dan Perlis.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Kedah merekodkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu 665 orang daripada 183 keluarga.

Mereka berlindung di sembilan PPS yang beroperasi di lima daerah iaitu Baling, Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Pokok Sena.

Sementara itu, jumlah penduduk terjejas banjir di Alor Gajah, Melaka pula berjumlah 149 orang.

38 keluarga terbabit ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Wah, Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal dan Dewan Japerun Durian Tunggal.

Beralih ke wilayah utara, di Perlis jumlah penduduk terlibat bencana berkenaan ialah seramai 92 orang daripada 24 keluarga.

Dua PPS iaitu Masjid Nur Al-Saadah Kg Bonggol Sena dan Dewan Orang Ramai Kampung Kok Klang dijadikan tempat berteduh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini