Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuka sebanyak 912 kertas siasatan membabitkan 1,272 individu terbabit pelbagai kesalahan dadah sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, seramai 67 orang dituduh mengikut seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hasil dari tangkapan di sekitar Lembah Subang, pelbagai jenis dadah, antaranya syabu, heroin, air ketum dan ganja berjaya dirampas.

Tambah Mohamad Fakrudin, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan operasi berterusan bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah terbabit. 
Beliau ditemui sebelum Operasi Jihad Dadah malam tadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini