Seramai 920,000 ahli peladang dijangka berpeluang menikmati manfaat dan kemudahan Kad Pintar Keluarga Peladang (Peladang-i) menjelang akhir tahun depan.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, inisiatif kad pintar tersebut akan melonjakkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan peladang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media PRA Pelancaran kad Peladang-i.

Kad pintar ini merupakan kad identiti keahlian Pertubuhan Peladang Kawasan, PPK seluruh negara  bagi memudahkan transaksi pembayaran tanpa tunai.

Melalui pemilikannya, ahli akan diberi perlindungan Takaful sehingga RM5,000 jika dilanda musibah dengan sumbangan serendah RM5 setahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini