93 peratus daripada keseluruhan 25,211 laporan Kesan Adversi Akibat Imunisasi (AEFI) yang diterima , melibatkan kes-kes tidak serius dan pulih dalam satu hingga dua hari.

Statistik itu bagi tempoh pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan (PICK) bermula pada 24 Februari 2021 sehingga 18 Februari 2022.

Menurut Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr. Roshayati Mohamad Sani, terdapat 38 laporan melibatkan penerima kanak-kanak 5 hingga 11 tahun dan 1,186 laporan melibatkan penerima dos penggalak vaksin.

Sebanyak 44 laporan AEFI melibatkan kematian direkod dalam kalangan penerima dos penggalak.

22 laporan daripadanya didapati tiada kaitan dengan vaksin yang diterima manakala 22 lagi masih dalam siasatan.

Beliau menyatakan dalam sesi taklimat bersama media berhubung laporan AEFI vaksin Covid-19 secara maya hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini