22,191,734 atau 94.8 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) sejumlah 97.5 peratus atau  22,830,806 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 181,160 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam membabitkan 136,290 suntikan dos lengkap dan 22,178 menerima suntikan dos pertama.

Setakat semalam juga, sebanyak 1,851,024 atau 58.8 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini