Peningkatan 16 kali ganda bagi kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan di Pahang dalam tempoh Januari hingga semalam, berbanding hanya 233 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Ia menjadikan kes dilaporkan adalah sebanyak 3,760, dengan 95.3 peratus daripadanya dikesan berlaku secara sporadik.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, penularan di taska atau pusat jagaan harian kanak-kanak pula hanya dikesan sebanyak 4.7 peratus daripada jumlah tersebut.

Bagaimanapun, sebanyak 326 kes turut dilaporkan bagi kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun dan 59 kes dikesan berlaku dalam kalangan individu berumur lebih 12 tahun.

Pihaknya turut melakukan pemantauan terhadap 505 premis taska dan tadika di seluruh Pahang.

35 premis telah ditutup di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, dan dua pusat jagaan harian telah melakukan penutupan secara sukarela. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini