95.5 peratus atau 22,350,755 individu dewasa telah lengkap menerima suntikan COVID-19, setakat tengah malam tadi. Menerusi laman COVIDNOW, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, sejumlah 22,891,163 individu atau 97.8 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja, 81.4 peratus atau 2.56 juta individu telah lengkap divaksin, manakala 87.2 peratus atau 2.74 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 117,736 dos vaksin diberikan semalam, melibatkan 20,013 suntikan dos lengkap, 6,243 menerima dos pertama dan 91,500 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini meningkat kepada 51.6 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini