Sebanyak 22,417,059 atau 95.8 peratus kadar populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dos vaksinasi COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data laman COVIDNOW, sejumlah 97.8 peratus atau 22,893,173 populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 41,391 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 18,162 suntikan dos lengkap, 2,864 menerima dos pertama dan 20,365 pula menerima suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,462,307.

Setakat semalam juga, sebanyak 2,208,399 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 83.4 peratus atau 2,623,303 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 492,054.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini