Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor berkurang kepada 95, berbanding 271 individu, petang semalam.

Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, R. Vidyananthan memaklumkan, Segamat kekal merekod jumlah penduduk terjejas paling tinggi, iaitu 83 orang.

Baki 12 individu lagi di Tangkak.

Di Segamat, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu PPS Sekolah Agama Gemereh, PPS Kampung Bukit Senggir dan Balai Raya Gemereh IV.

Baki satu lagi PPS di Tangkak iaitu Sekolah Kebangsaan Durian Chondong.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini