25.51 juta individu atau 97.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

Data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW malam tadi menunjukkan, sebanyak 98.6 peratus atau 23.1 juta golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 89.8 peratus populasi remaja atau 2.82 juta individu berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 129,387 dos vaksin diberikan semalam.

Perkembangan itu menjadikan sejumlah 55 juta dos vaksin termasuk 3.78 juta dos penggalak telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini