Sejumlah 97.5 peratus guru telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat 31 Oktober lalu. Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon ketika persidangan dewan rakyat memberitahu, sebanyak 99.04 peratus guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Mengenai tindakan bakal diambil terhadap guru yang enggan mengambil vaksin,beliau menjelaskan ia berpandu kepada arahan yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. Beliau menjawab soalan tambahan Wong Ling Biu (PH-Sarikei) yang bertanyakan jumlah guru enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini