Hampir 22.83 juta individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, hampir 23.13 juta individu atau 98.8 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87 peratus atau hampir 2.74 juta telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2.84 juta atau 90.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, sebanyak 167,323 dos vaksin diberikan semalam. Ini melibatkan 3,161 dos pertama, 4,390 bagi dos lengkap dan 159,772 untuk dos penggalak. Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi PICK kini meningkat kepada 56,207,871 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,879,326 dos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini