Perkembangan COVID-19. 97.6 peratus atau 5,017 daripada keseluruhan 5,143 kes baharu dicatat adalah kategori satu dan dua, masing-masing tidak bergejala serta bergejala ringan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 126 kes atau 2.4 peratus pula dalam kategori tiga, empat dan lima; iaitu mereka yang mempunyai radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen dan alat bantuan pernafasan.

Kumulatif kes kini meningkat kepada 2,551,452. Sementara itu sebanyak 526 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, manakala 250 lagi kes memerlukan bantuan pernafasan. Dalam pada itu, tiga kluster baharu dikenal pasti dengan kluster aktif kini berjumlah 250.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini