22.85 juta individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,142,519 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.4 peratus atau 2,749,975 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,843,40 remaja atau 90.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sejumlah 153,228 dos vaksin telah diberikan melibatkan 145,179 dos penggalak, dengan 4,653 dos kedua dan 3,396 dos pertama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini