97.7 peratus populasi dewasa Malaysia telah lengkap divaksin melibatkan 22,878,955 individu.

Menurut portal COVIDNOW, jumlah tu diperoleh setakat tengah malam tadi.

Bagi tempoh sama, 98.9 peratus atau 23,164,441 dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Turut lengkap vaksin, 87.8 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Manakala 90.7 peratus populasi sama telah menerima sekurang-kuranganya dos pertama.

Semalam, 2,627 dos pertama, 3,383 dos lengkap dan 210,658 dos penggalak diberikan.

Perkembangan itu menjadikan  kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan meningkat kepada 59,033,667 dos dengan 7,570,846 daripadanya adalah dos penggalak. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini