Ketika ini sebanyak 97.2 peratus atau 22 juta 746,838 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.6 peratus atau 23 juta 67,954 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu 90.1 peratus atau 2,836,326 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 manakala 86.7 peratus atau 2 juta 729,900 individu golongan itu telah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 125,838 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 6 ribu 322 suntikan dos lengkap, 4 ribu 572 dos pertama dan 114,944 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini meningkat kepada 54 juta 470 ribu 578 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 3 juta 281,238.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini