Sehingga 30 September lalu, 154 projek dengan 97,196 unit rumah Projek Perumahan Rakyat, PPR telah siap dibina oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT. 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 projek adalah rumah landed manakala 100 projek pula merupakan rumah pangsapuri.

Tambahnya, KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara bertanggungjawab membuat pemantauan bagi memastikan pengurusan dan kerja-kerja pembaikan PPR dilaksana secara teratur dan berjadual.

KPKT juga menyediakan peruntukan melalui Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia, bagi membantu penghuni-penghuni perumahan berstrata kos rendah dan kos sederhana rendah swasta untuk membaik pulih dan menyenggara harta bersama. 

Datuk Seri Dr Ismail menjawab pertanyaan ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini