Menjelang Pilihan Raya Presiden Libya.

98 calon telah mendaftar untuk bersaing dalam pilihan raya yang bakal berlangsung pada 24 Disember depan.

Perkara berkenaan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Libya (HNEC).

Antara nama besar adalah Komander Tentera Libya, Khalifa Hiftar,  anak kepada pemimpin yang digulingkan Muammar Gaddafi iaitu Saif Al-Islam, Speaker Parlimen, Aguila Saleh dan perdana menteri ketika ini, Abdel Hamid Dbeibah.

Pilihan raya dilihat sebagai langkah besar dalam memulihkan kestabilan Libya untuk lebih sedekad selepas negara itu dilanda huru-hara.

Bagaimanapun, Pengerusi HNEC, Emad Al-Shadly berkata tempoh merayu fail calon adalah 12 hari sebelum keputusan muktamad dikeluarkan.

Selepas itu baharulah senarai akhir calon akan dikeluar diumumkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini