Kira-kira 30 mangsa yang melecur teruk dalam kejadian lori minyak meletup selepas satu pelanggaran di ibu negara Sierra Leone, dijangka gagal diselamatkan. Dalam kejadian lewat Jumaat itu, 98 maut dan lebih 100 lagi cedera Letupan berlaku apabila sebuah lori tangki bertembung dengan trak lain ketika ia sedang memasuki stesen minyak di Wellington, di timur ibu negara Freetown.

Mangsa cedera menerima rawatan di hospital dan klinik di seluruh bandar itu. Mangsa termasuklah orang ramai yang berkumpul mendapatkan minyak yang bocor.

Bahan api masih dilihat keluar dari lori tangki pada pagi Sabtu ketika polis dan pasukan keselamatan cuba menyuraikan orang ramai yang berkumpul di tepi jalan. Mayat manusia yang terbakar dan rangka kenderaan juga dapat dilihat diĀ  sepanjang jalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini